
Kisah ini berlaku 2 tahun yang lalu.
Masa itu saya belum percaya pada agama dan tuhan kerana bagi aku kepercayaan ini adalah tidak berasas tanpa logik dan sains.
Pada suatu hari, saya dapati nenek saya tiba-tiba jadi pelik. Tidak dapat bergerak, bercakap, dan melakukan aktiviti harian.
Sebelum itu dia sangat aktif. Jadi alangkah sedih saya mengetahui. Apa pun tak bisa dilakukan. Aku bukannya tuhan atau bomoh. Hanya mampu lihat tumbuh nenek yang tidak bersemangat.
Namun ajal nenek seperti belum tiba lagi biarpun dia berkelakuan begitu. Pak cik dan mak cik ku sudah pergi ke banyak bomoh. Namun tiada yang berjaya. Saya pun kebuntuan. Saya berjalan sekitar kampung, dan saya terjumpa tokong kecil yang ditujukan kepada Datuk Kong. Saya sememangnya tidak percaya benda begini. Tapi apa ruginya mencuba.
Untuk makluman semua, Datuk Kong ini ialah dewa orang Cina yang berwatakan Melayu. Saya pun minta kepada dia. Ya. Dia bagi mimpi yang dia akan bantu. Saya cuma tersengih seakan tidak percaya.
Selang 2 minggu, saya balik lagi ke tokong tersebut. Alangkah aneh saya seperti diberitahu untuk mencari di pohon belakang tokong. Terkejutnya aku bila menjumpai arang batu yang dibaluti kain merah. Saya pun tanya kepada dia. Dia jawab melalui alat yang dinamakan moon blocks.

Menurut dia, nenekku disihir di mana roh nya telah dicuri. Jadi aku pun buangkan arang itu ke dalam sungai. Selepas itu, aku pun menunggu untuk melihat sebarang perubahan.
Lepas 1 bulan, tiba-tiba mak cik ku telefon. Dia bilang nenek bangun jam 2 pagi, duduk atas katil, dan berbual dengan seseorang. Paling menakutkan ialah, dia berbahasa Indonesia.
Nenekku cuma pandai berbahasa Cina, jangankan Bahasa Indonesia, Bahasa Malaysia pun dia kurang fasih. Ini pula nenekku berbahasa Indonesia seperti orang yang sudah berbahasa itu sejak lahir.
Sejak hari itu, nenek semakin baik. Ya. Syukur lah. Biarpun nenek sudah meninggal 2 bulan lepas, namun kes paranormal ini tetap tidak dapat dilupakan.

Hantar artikel/video berkaitan #KisahSeram dan berpeluang menangi hadiah sebanyak RM5,500! Ketahui lebih lanjut di sini.
Chua Kai Voon adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.
.png)