Pendaftaran Dah Dibuka! Jom Sertai Acara ‘Snoopy Run 2024’ Mei Nanti!

19 Mar 2024 • 11:30 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang peminat komik dan kartun, pastinya mengenali watak anjing bernama Snoopy yang merupakan haiwan peliharaan Charlie Brown dalam komik Peanuts karya Charles M.Schulz. Ia sebenarnya dicipta pada tahun 1950 dengan penampilan pertamanya di televisyen pada tahun 1965.

Pun begitu, watak Snoopy yang melucukan, kuat berangan dan comel ini membuatkan ia menjadi kegemaran ramai dan boleh dikatakan watak yang sangat ikonik di dalam industri.

Kalau korang peminat Snoopy, apa kata bawa seisi keluarga ke Taman Metropolitan Kepong pada 12 Mei 2024 nanti untuk sertai acara Snoopy Run 2024. Acara dijangka bermula seawal jam 6.30 pagi dengan ketibaan peserta.

Kalau tengok laman web rasmi penganjur acara iaitu JomRun, terdapat 2 kategori larian yang akan dipertandingkan iaitu 3.5KM dan juga 7KM pada hari tersebut.

image is not available

Kalau korang bawa seluruh ahli keluarga pun mesti meriah!

Setiap penyertaan akan diberikan barangan seperti berikut :

image is not available

3.5KM

1. Ultron® Event T-shirt

2. Finisher Medal

3. Race Bib

4. E-Certificate

5. Light Refreshments

6. Personal Accident Insurance

7KM

1. Ultron® Event T-shirt

2. Finisher Medal

3. Race Bib

4. E-Certificate

5. Light Refreshments

6. Personal Accident Insurance

image is not available

Lebih menarik, korang juga boleh top up sebanyak RM99.99 untuk naik taraf kepada Pakej Premium untuk menerima pelbagai barangan rasmi ‘Snoopy Run 2024’ bernilai RM150 seperti :

  1. Beg Tali
  2. Stokin
  3. Tuala Sukan

Kalau korang nak sertai larian ini, boleh daftarkan diri di laman web atau muat turun sahaja aplikasi JomRun dan cari maklumat mengenai ‘Snoopy Run 2024‘.

Seperti biasa, bayaran penyertaan dikelaskan mengikut tempoh seperti di bawah :

image is not available

Untuk maklumat lanjut, muat turun aplikasi JomRun di sini.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article