Pendaftaran Fasa Kedua PADU Akan Dibuka

TechnologyDigital
2 Jul 2024 • 7:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pangkalan Data Utama (PADU) dimaklumkan akan membuka semula sistem pendaftaran bagi fasa kedua kelak. Perkongsian Kementerian Ekonomi pada sidang Parlimen ini memaklumkan – mana-mana pihak yang belum laksana pendaftaran tersebut boleh berbuat demikian tidak lama lagi. Berikutan itu, semua pihak disarankan untuk memberi kerjasama dan meningkatkan kesedaran akan kepentingan data PADU ini.

image is not available

Ini kerana jelas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli data PADU akan menjadi rujukan utama dalam pembentukan program intervensi kerajaan dan mengenalpasti kumpulan penerima bantuan. Minggu lalu Rafizi mengatakan bakal “ada kejutan” apabila pelan subsidi petrol RON95 diperkenalkan kelak. Seperti pelupusan subsidi diesel, penguatkuasaan pelan subsidi RON95 baharu akan turut diumumkan secara mengejut.

Bagi fasa pertama setakat Mac lalu seramai 10,544,016 juta individu sudahpun mengemaskinikan maklumat dalam sistem PADU. Maka menerusi pembukaan fasa kedua kelak, disasar lebih menyeluruh rakyat negara memberi kerjasama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved