“Banyak bersabar” – Iqbal Zulkefli Nasihat Aliff Syukri Tak Saman Bekas PA, Imbau Zaman Masa Dengan DSV

Entertainment
28 Jun 2024 • 4:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Susulan kes saman melibatkan Aliff Syukri dengan bekas PA, Melati, pempengaruh Iqbal Zulkefli rasa terpanggil untuk memberikan nasihat supaya usahawan ini tidak meneruskan saman tersebut.

Jelasnya, kemelut yang berpanjangan itu hanya akan memberikan kesan buruk kepada kedua-dua belah pihak kelak. Dalam pada itu, Iqbal turut imbau zaman dia menjadi pembantu peribadi Datuk Seri Vida (DSV).

image is not available

Jelasnya, dia dan DSV berjaya menyelesaikan permasalahan antara mereka dengan baik tanpa melibatkan mahkamah.

“Saman-menyaman itu memenatkan, saya dengan Vida kalau diikutkan masing-masing ada terasa hati, tetapi fikir suatu masa akan saling memerlukan. Selagi boleh menjaga hubungan baik, banyak bersabar. Selagi boleh menjaga hubungan baik, banyak bersabar. Semoga semuanya baik-baik.”

image is not available

Dalam pada itu, Iqbal juga turut menyangkal dakwaan yang dirinya masih menyimpan perasaan terhadap DSV.

“Jujur saya sudah tiada hati. Ini tiada kaitan dengan perasaan. Kalau bukan kes cinta pun banyak point yang boleh saya ambil untuk saman.”

“Apa yang mahu sampaikan adalah sepatutnya tidak perlu pun sampai tahap saman kalau perkara boleh selesaikan sebab kes ini amatlah rumit untuk hadap. Tambah lagi kalau kita tiada duit.”

Untuk rekod, Iqbal menamatkan perkhidmatan sebagai pembantu peribadi Vida pada 1 Jun 2019. Kisah mereka juga pernah menjadi perhatian ramai apabila kedua-kedua saling menyimpan perasaan sayang antara satu sama lain.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.