Pendaftaran Kemasukan Tahun 1 Sesi 2024/2025 Bermula 2 Mei Ini

26 Apr 2023 • 11:25 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pendaftaran kemasukan kanak-kanak Tahun Satu bagi kalendar akademik sesi 2024/2025 akan bermula pada 2 Mei hingga 30 Jun ini.

Menerusi hantaran yang di buat di Facebook Kementerian Pendidikan (KPM) baru-baru ini, pendaftaran kemasukan tersebut boleh dilakukan secara dalam talian memalui Modul Pengurusan Awam Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di laman sesawang https://idme.moe.gov.my.

Menurut hantaran tersebut juga, kanak-kanak yang layak memohon adalah warga Malaysia yang lahir dari 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.

image is not available

Berikut adalah langkah-langkah pendaftaran yang dikongsikan :

  1. Pendaftaran pertama kali menlalui idMe oleh ibu bapa / penjaga kepada anak jagaan
  2. Ibu bapa / penjaga perlu klik pautan https://idme.moe.gov.my.
  3. Pilih modul pengurusan awam
  4. Isi atau kemaskini Pengurusan Profil yang terdiri daripada maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan
  5. Klik tambah anak / jagaan dan kemaskini (sekiranya belum wujud)
  6. Setelah selesai di modul Pengurusan Profil, pilih Permohonan Kemasukan
  7. Klik Permohonan Kemasukan ke Tahun 1 KPM Tahun 2024

Dalam satu hantaran yang lain, pihak KPM turut menjawab pelbagai soalan lazim mengenai pendaftaran kemasukan kanak-kanak berkenaan.

Siapa-siapa yang anak-anak dah cukup umur tu, boleh lah mula mendaftar bila dah dibuka nanti.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved