Pendaftaran PADU Meningkat Mendadak Kepada 7.7 Juta Sepanjang Minggu Lalu

25 Mar 2024 • 1:18 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pendaftaran PADU meningkat mendadak sepanjang minggu lalu yang mana ia meningkat daripada 5.4 juta kepada 7.7 juta sehingga 24 Mac lalu.

image is not available

Foto: The Star

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata daripada jumlah pendaftaran terkini, kadar pendaftaran dalam kalangan inidividu berumur 18 tahun ke atas telah mencecah 35.1%.

“Kami optimis bahawa angka ini akan terus meningkat, berpotensi mencapai atau bahkan melebihi 50% menjelang tarikh akhir yang akan datang pada 31 Mac 2024,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Rafizi turut menggalakkan kepada orang ramai untuk tidak menunggu hingga saat akhir untuk melakukan mendaftar.

Pendaftaran PADU meningkat mendadak kepada 7.7 juta

image is not available

Disamping itu, beliau turut menjangkakan pendaftaran harian akan terus meningkat dengan ketara sehubungan dengan tarikh tutup yang semakin hampir.

“Daftar dan kemaskini data anda ke dalam PADU sebelum 31 mac 2024 untuk mengelakkan risiko keciciran berterusan,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved