
Pendaki Kongsi Fenomena Pembekuan Ais Di Gunung Kinabalu
Umum mengetahui Malaysia sebuah negara beriklim tropika, sudah tentunya musim salji tidak berlaku seperti yang ada di negara empat musim.
Bagaimanapun, baru-baru tular video fenomena pembekuan ais yang berlaku di Substesen Panalaban, Taman Kinabalu pada ketinggian kira-kira 3,272.7 meter dari aras laut semalam.

Menerusi beberapa video tular yang dikongsikan memaparkan ais yang membeku seperti menjalar di permukaan kawasan berkenaan.
Berikut antara video fenomena pemebekuan ais berkenaan di media sosial.
Difahamkan, penemuan ais di gunung tertinggi Malaysia itu dikongsikan Pasukan Mountain and Cave Search and Rescue (MOCSAR) ketika menjalankan tugas di sekitar Panalaban pada jam 9.20 pagi Khamis.
Macam Mana Boleh Ada Ais Sedangkan Malaysia Beriklim Tropika?

Menurut perkongsian Sabah Perks, fenomena ini berlaku disebabkan keadaan cuaca kering dan kelembapan udara yang rendah di kawasan Gunung Kinabalu.
Keadaan tersebut menyebabkan penurunan suhu yang ketara di kawasan altitud tinggi, lalu mengakibatkan pembentukan ais pada permukaan tumbuhan dan persekitaran base camp Panalaban.
Fenomena ini bukanlah pertama kali berlaku di Gunung Kinabalu. Ia berlaku secara berkala di kawasan altitud tinggi Gunung Kinabalu, terutamanya ketika cuaca cerah, kering, dan suhu menurun dengan ketara pada waktu malam hingga awal pagi.
Saranan Untuk Pendaki
Susulan itu, terdapat beberapa garis panduan untuk pendakian di gunung tertinggi Malaysia
Antaranya; memakai pakaian yang bersesuaian dengan cuaca sejuk, mengekalkan tahap hidrasi badan dan mematuhi arahan keselamatan daripada pihak pengurusan dan petugas Taman-Taman Sabah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan fenomena berkenaan.
"Wow..berapa darjah suhu tu beku ais disana," komen seorang pengguna.
"Patutlah panas amat di lembah gunung," komen seorang pengguna.


