Pendaki wanita cedera kaki

12 Jul 2024 • 4:26 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Seorang wanita menjadi pendaki ke-19 mengalami komplikasi ketika mendaki Gunung Kinabalu tahun ini, selepas dia tergelincir dan terjatuh di sini, pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, PPgB Ridwan Bin Mohd Taib berkata, kejadian berlaku di KM8.3 Summit Trail, Gunung Kinabalu, kira-kira jam 10.50 pagi.

“Kami menerima panggilan melalui talian balai pada jam 10.55 pagi dan sepasukan enam anggota mencari dan menyelamat (Mosar) Gunung Kinabalu diketuai Komander Operasi, PBB Feranideh Medi bergegas ke lokasi kejadian.

“Apabila pasukan tiba di lokasi 2 kilometer dari pos Mosar, mereka mendapati seorang pendaki cedera di bahagian atas buku lali kiri ketika turun dari puncak Gunung Kinabalu.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Pasukan Mosar dibantu empat kakitangan Taman Kinabalu dan dua malim gunung bertindak memberi rawatan awal sebelum membawa mangsa turun ke Pintu Timpohon menggunakan pengusung Robertson,” katanya.

Menurut Ridwan, kes pada Khamis menjadi kes pertama bagi Julai tahun ini, dan kes ke-19 bagi 2024.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.