Pendakwa Raya Masih Mengumpul Bukti, Tempoh Tahanan Eda Ezrin Berlanjutan Sehingga 6 Jun

Entertainment
4 May 2025 • 11:16 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi Bea Sobar Bea, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, atau lebih dikenali sebagai Eda Ezrin, bersama suami dan empat lagi rakannya, akan terus ditahan di Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand selama sebulan lagi susulan permohonan kedua pihak pendakwa raya untuk melanjutkan tempoh memfailkan rayuan terhadap keputusan pembebasan mereka.

image is not available

Memetik laporan Astro Awani, Mahkamah Wilayah Narathiwat pada Jumaat membenarkan permohonan tersebut, sekaligus menafikan harapan mereka untuk bebas sepenuhnya pada 6 Mei ini.

Jurucakap mahkamah berkata, lanjutan tempoh kedua itu akan berakhir pada 6 Jun, dan pihak pendakwa masih boleh membuat satu lagi permohonan terakhir sehingga 6 Julai.

Pendakwa raya memberi alasan bahasa mereka masih berusaha mengumpul bukti dan saksi baharu untuk proses rayuan seterusnya.

image is not available

Sebelum ini, Eda Ezrin bersama lima yang lain dibebaskan daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil methamphetamine selepas dua panel hakim mendapati keterangan pendakwaan tidak mencukupi. Namun, mereka masih perlu kekal dalam tahanan sementara pihak pendakwa menentukan langkah susulan.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.