Pendakwa raya terpalit kes rasuah sindiket penipuan letak jawatan

WorldPolitics
8 Sep 2026 • 3:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pendakwa raya terpalit kes rasuah sindiket penipuan letak jawatan

KYIV: Pendakwa Raya Ukraine, Ruslan Kravchenko meletakkan jawatan susulan dakwaan rasuah, selepas pegawai antirasuah menggeledah pejabatnya pada hujung minggu sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap pusat panggilan telefon haram.

Ukraine sejak sekian lama bergelut untuk membanteras rasuah yang terus berlaku walaupun negara itu berdepan pencerobohan Russia, dengan beberapa skandal turut melibatkan individu terdekat dengan Presiden, Volodymyr Zelensky.

Biro Antirasuah Kebangsaan (NABU) dan Pejabat Pendakwa Khas Antirasuah (SAPO) pada Sabtu berkata, mereka membongkar satu skim pengubahan wang haram yang diketuai seorang pegawai di pejabat pendakwa raya dan menjalankan serbuan di premis berkenaan.

Menurut penyiasat, rangkaian itu menerima wang sebagai balasan untuk melindungi pusat panggilan yang menjalankan penipuan telefon serta ‘mencuci wang’ berjumlah jutaan dolar.

Kes penipuan telefon meningkat dengan mendadak di Ukraine dan Russia sejak lebih empat tahun perang berlangsung.

Menurut NABU, wang rasuah itu digunakan untuk membeli hartanah, barang kemas dan barangan berharga lain.

Pada Ahad, Kravchenko dalam kenyataan di media sosial berkata, beliau menolak dakwaan berkenaan, menyifatkannya sebagai ‘tidak berasas sama sekali’ dan menafikan sebarang salah laku.

Namun pada Isnin, beliau mengumumkan sudah mengemukakan peletakan jawatan sebagai pendakwa raya dalam satu hantaran di Telegram.

“Saya tidak mahu pejabat Pendakwa Raya digunakan sebagai alat dalam pertikaian politik. Pendirian saya berhubung tuduhan itu kekal tidak berubah,” katanya.

NABU sebelum ini menerbitkan gambar sebuah peti besi yang dipenuhi berkas wang dolar, sambil berkata, pihaknya telah mengenal pasti lima individu yang terlibat dalam skim itu, namun tidak mendedahkan nama mereka.

Menurut Inisiatif Global Menentang Jenayah Rentas Negara (GI-TOC) yang berpangkalan di Switzerland, kira-kira 60,000 orang bekerja di pusat panggilan haram di Ukraine.-AFP

The post Pendakwa raya terpalit kes rasuah sindiket penipuan letak jawatan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved