PRU awal: Kerajaan beri keutamaan pulih ekonomi, banteras rasuah

LocalPolitics
4 Sep 2026 • 5:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PRU awal: Kerajaan beri keutamaan pulih ekonomi, banteras rasuah

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal akan diteliti, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pada masa ini, kerajaan memberi keutamaan kepada usaha memulihkan ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Perdana Menteri berkata, kerajaan Persekutuan kekal stabil dan mempunyai mandat untuk terus mentadbir serta mengurus negara dengan baik.

“Saya sendiri pun hadapi beberapa tekanan, cadangan tetapi saya ambil keputusan sebagaimana yang saya sampaikan kepada mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu. Kita dapat mandat mentadbir, mengurus dengan baik, bersihkan negara daripada amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Indah, Ampang Jaya, di sini hari ini.

Beliau berkata usaha membersihkan negara daripada rasuah dan salah guna kuasa tidak berasaskan kaum atau bertujuan mempertahankan kedudukan mana-mana pihak.

“Masyarakat Melayu, Cina, India, dari Sabah atau Sarawak, ini bukan soal kaum, ini soal selamatkan negara. Bukan nak selamatkan kedudukan, bukan selamatkan kumpulan.

“Walaupun saya hadapi risiko atau tekanan, insya-Allah saya minta rakyat doa, kita dapat teruskan dan bersihkan negara ini,” katanya. – Bernama

The post PRU awal: Kerajaan beri keutamaan pulih ekonomi, banteras rasuah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved