Pendakwaan telah serah 10 dokumen berkaitan kes bekas CEO FIC

LocalBusiness & Finance
29 Oct 2026 • 2:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pendakwaan telah serah 10 dokumen berkaitan kes bekas CEO FIC

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan dalam kes bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Investment Corporation (FIC) Sdn Bhd telah menyerahkan 10 dokumen berkaitan kes itu.

Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Yaacob Md. Sam yang mewakili Mohd. Zaid Abdul Jalil Ketika ditemui selepas sebutan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rosli Ahmad hari ini.

Menurut peguam itu, antara dokumen yang diperoleh pihak pembelaan itu ialah minit mesyuarat.

“Kami mohon tarikh dokumen lain untuk penyerahan baki dokumen,” katanya yang turut memaklumkan Hakim Rosli kemudian menetapkan 14 Disember ini bagi sebutan untuk perkembangan serahan dokumen selanjutnya.

Pada prosiding itu, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohd. Zaid yang ketika itu CEO FIC didakwa memperdayakan Lembaga Pengarah untuk mempercayai bahawa Synergy Promenade Sdn Bhd layak dilantik sebagai Project Delivery Partner–Master Developer bagi projek ‘The Proposed Commercial Development On Felda Lots In Jalan Semarak, Kuala Lumpur’.

Bagaimanapun, tertuduh didakwa mengetahui syarikat berkenaan hanya layak dilantik sebagai Project Delivery Partner–Master Planner.

Perdayaan itu didakwa mendorong Lembaga Pengarah meluluskan pelantikan Synergy Promenade sebagai Project Delivery Partner–Master Developer bagi projek terbabit, sedangkan mereka tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan.

Kesalahan didakwa dilakukan di Bilik Mesyuarat Lembaga, Menara Felda, Persiaran KLCC, di sini pada 16 Januari 2014.

Pertuduhan kedua, Mohd. Zaid didakwa memperdayakan Lembaga Pengarah sehingga ia mempercayai bahawa penilaian harga pasaran 24 bidang tanah milik Felda untuk pembangunan komersial, seperti dilaporkan Firdaus & Associates Property Professionals Sdn Bhd, berjumlah RM330.96 juta.

Tertuduh didakwa mengetahui nilai sebenar tanah berkenaan ialah RM691.7 juta manakala anggaran awal nilai pasaran yang diberikan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) bagi semua tanah itu ialah RM180 juta.

Tertuduh juga didakwa mengetahui bahawa JPPH tidak pernah memberikan anggaran awal nilai pasaran berkenaan kepada FIC, sehingga mendorong Lembaga Pengarah menerima tawaran daripada Synergy Promenade berdasarkan cadangan Minimum Guaranteed Return sebanyak RM500 juta atau 10 peratus daripada Gross Development Value, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Walhal, Lembaga Pengarah tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan. Kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama pada 29 April 2014.

Justeru, bagi kedua-dua pertuduhan itu pendakwaan, Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

The post Pendakwaan telah serah 10 dokumen berkaitan kes bekas CEO FIC appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved