Hantaran jelik terhadap polis isu Rohingya, tiga kertas siasatan dibuka

LocalPolitics
29 Oct 2026 • 8:40 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hantaran jelik terhadap polis isu Rohingya, tiga kertas siasatan dibuka

TUMPAT – Polis Kelantan membuka tiga kertas siasatan berhubung hantaran jelik di media sosial yang menyasarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan isu etnik Rohingya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, ketiga-tiga kes itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, susulan itu, seorang lelaki tempatan telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung hantaran jelik tersebut.

“Kita sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum itu, Mohd. Yusoff melakukan tinjauan di kawasan pesisir Sungai Kelantan yang menjadi lokasi baharu penyeludupan pendatang asing tanpa izin susulan penutupan pangkalan haram di Sungai Golok.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff memberitahu, tindakan itu bukan bertujuan menyekat kebebasan masyarakat untuk mengkritik atau menegur pihak polis.

Katanya, ia bagi memastikan teguran yang dilakukan tidak melampaui batas.

“Tetapi, penghinaan melampau, tuduhan dan fitnah hingga salah faham, akan diambil tindakan kerana ia boleh menjejaskan ketenteraman awam,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Hantaran jelik terhadap polis isu Rohingya, tiga kertas siasatan dibuka appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved