Pendakwah Bebas Disyaki Seleweng Dana NGO Disambung Reman

LocalPolitics
26 Apr 2026 • 4:31 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

SEREMBAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan memperoleh kebenaran menyambung reman seorang pendakwah bebas yang disyaki menyeleweng dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjumlah kira-kira RM12.3 juta.

Perintah reman sehingga 1 Mei terhadap suspek berusia lingkungan 30-an dikeluarkan Majistret Nurul Saqinah Rosli di Mahkamah Majistret Seremban hari ini.

Permohonan dibuat susulan tempoh reman asal suspek tamat hari ini.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Sebelum ini, suspek direman lima hari sejak Rabu lepas dan setakat ini, SPRM telah membekukan 15 akaun bank berjumlah kira-kira RM16.6 juta terdiri daripada empat akaun individu, tiga akaun NGO dan lapan akaun syarikat.

Selain itu nilai sitaan terkini merangkumi RM158,731, Riyal 102,893, Dolar Singapura SGD27,929 dan barangan kemas bernilai kira-kira RM2 juta.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 serta di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memanggil 14 hingga 15 saksi bagi membantu siasatan kes tersebut. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved