Pendakwah Bebas Ditahan Reman Kali Kedua, SPRM Siasat Penyelewengan Dana RM1.3 Juta

LocalPolitics
6 Feb 2026 • 1:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman seorang pendakwah bebas buat kali kedua bersama seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pendidikan dan dakwah bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana berjumlah kira-kira RM1.3 juta.

Perintah reman selama tiga hari sehingga 8 Februari 2026 terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan oleh Majistret Nur Amalina Abd Rahman selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar, pada Jumaat.

Advertisement
View this post on Instagram

Menurut sumber, kedua-dua suspek yang masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30-an ditahan semula kira-kira jam 6 petang Khamis di pejabat SPRM Cawangan Sungai Petani, membabitkan satu siasatan lain.

Sebelum ini, kedua-dua individu terbabit pernah direman selama satu hari pada Khamis selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret Sungai Petani sebelum dibebaskan pada jam 5 petang hari sama.

“Kedua-dua suspek, di mana pendakwah bebas berkenaan yang juga Pengarah Urusan institusi pendidikan dan dakwah itu direman buat kali kedua kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana kira-kira RM1.3 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi.

“Dalam masa sama, siasatan turut mendapati kedua-dua suspek meluluskan pembayaran bagi pembelian sebuah rumah bernilai kira-kira RM500,000,” katanya.

Semalam, kedua-dua suspek turut direman atas dakwaan menyalahgunakan kuasa apabila meluluskan bayaran kira-kira RM600,000 sebagai bayaran mengumpul dana institusi berkenaan tanpa kelulusan rakan kongsi lain.

Pendakwah Terkenal Kedah Ditahan SPRM, Didakwa Seleweng Dana & Salah Guna Kuasa

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Nazli Rasyid Sulong, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut. Beliau memaklumkan siasatan dijalankan oleh SPRM Kedah bersama Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM sejak Oktober tahun lalu.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – Sinar Harian

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-02-05 16:21:36

Pendakwah Terkenal Kedah Ditahan SPRM, Didakwa Seleweng Dana & Salah Guna Kuasa

The post Pendakwah Bebas Ditahan Reman Kali Kedua, SPRM Siasat Penyelewengan Dana RM1.3 Juta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.