Pendakwah Kontroversi Hina Penjual Teh Ais Umum Letak Jawatan Sebagai Utusan Khas

LocalPolitics
6 Dec 2024 • 5:24 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pendakwah kontroversi di Indonesia, Miftah Maulana Habiburrahman mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Utusan Khas (Bahagian Kerukunan Beragama) Presiden Prabowo Subianto hari ini.

Memetik laporan CNBC Indonesia, pendakwah itu berkata keputusan dibuat secara sukarela tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

image is not available

“Keputusan ini (letak jawatan) dibuat semata-mata kerana rasa cinta, hormat dan tanggungjawab saya yang sangat mendalam kepada bapak presiden (Prabowo).

“Tindakan ini bukan langkah terakhir saya untuk berkhidmat kepada negara melainkan cara yang lebih luas,” katanya sambil menangis menerusi siaran langsung yang disiarkan CNN Indonesia pada Jumaat.

image is not available

Foto: Carian Google

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden Prabowo di atas kesempatan yang diberikan kepadanya selama ini.

“Minta maaf bapak, saya belum jadi seperti yang diharapkan,” ujarnya lagi.

image is not available

Sebelum ini, tular video yang memaparkan Miftah Maulana Habiburrahman atau dikenali sebagai Gus Miftah mempersendakan dan menghina seorang penjual air teh di sebuah program ceramah pada bulan lalu.