“Bikin malu!” – Kisah Gus Miftah & Penjual ‘Es Teh’ Disebut PMX, Netizen Indonesia Jadi Malu

Entertainment
6 Dec 2024 • 12:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang pendakwah dari Indonesia yang dikenali sebagai Gus Miftah menghina seorang penjual minuman dalam satu ceramahnya.

Insiden itu mendapat perhatian netizen Indonesia dan tular sehingga ke negara kita. Lebih memeranjatkan, kisah Gus Miftah dan Pak Sunhaji si penjual teh ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX).

“Orang yang faham agama yang sering bincang tentang Islam, akidah, solat dan (amalan) sunat tetapi bila timbul keadaan begitu, dia boleh menghina.

Saya lihat (video) saya rasa aneh dan luar biasa, tetapi bagi saya pengajarannya menginsafkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan semalam.

Terbaru, dalam aplikasi X rata-rata netizen dari Indonesia menzahirkan rasa malu mereka apabila cerita dari negara mereka itu sampai ke pengetahuan PMX.

image is not available

Malah, ada yang merasakan disebabkan seorang sahaja pendakwah melakukan perkara sebegitu, pendakwah lain terkena tempiasnya.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.