PENDAPAT | Malaysia bersama China menentang Barat

Opinion
10 Sep 2025 • 1:00 PM MYT
TheRealNehruism
TheRealNehruism

An award-winning Newswav creator, Bebas News columnist & ex-FMT columnist.

image is not available
Kredit Imej: TheRealNehruism YouTube

“Hari ini, umat manusia berdepan pilihan sama ada untuk berdepan dengan keamanan atau perang, dialog atau konfrontasi, win-win atau zero-sum,” kata Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya kepada 50,000 penonton di Dataran Tiananmen. Dia juga berpendapat bahawa rakyat China “berdiri teguh di pihak yang benar dalam sejarah.”

Walaupun Presiden mengucapkan kata-kata ini semasa Perarakan Hari Kemenangan bagi memperingati ulang tahun ke-80 kemenangan rakyat China dalam Perang Menentang Pencerobohan Jepun, kata-katanya ditafsirkan oleh ramai orang sebagai satu pengakuan tersirat bahawa China kini berada di ambang konfrontasi dengan Barat.

Hakikat bahawa Presiden menyampaikan kata-kata itu di sebuah perarakan yang tidak diadakan China selama 10 tahun, dan ditambah pula bahawa perarakan ini merupakan perarakan tentera terbesar dalam sejarah negara China, dalam Ketika dunia sedang sarat dengan ketegangan, menjadikannya berbaur amaran.

Untuk memaknakan lagi pesanannya, Presiden Xi juga mengenakan sut yang mirip dipakai oleh Mao Zedong, pemimpin era perang negara China yang dianggap sebagai bapa kepada China moden dan wira moden negara China yang menebus maruah negara China selepas negara China melalui tempoh kejatuhan dan penghinaan yang berpanjangan.

Dalam perarakan itu—China menampilkan sepenuhnya kekuatan ketenteraannya—ini jelas menunjukkan bahawa meraikan masa lalu bukanlah tujuan utama mereka melangsungkan perarakan ini tersebut.

Buat pertama kali, China memilih untuk mendedahkan sepenuhnya “triad” keupayaan nuklearnya—atau keupayaanny melancarkan peluru berpandu nuklear dari darat, udara dan laut. Ini termasuk peluru berpandu dilancar-udara Jinglei-1, peluru berpandu antara benua berasaskan kapal selam Julang-3, serta peluru berpandu antara benua berasaskan darat Dongfeng-31 dan Dongfeng-61.

Selain itu, milatari China turut menampilkan pelbagai teknologi baharu, seperti dron yang boleh beroperasi di bawah air dan di udara bagi tujuan peninjauan serta serangan tepat, dan helikopter tanpa pemandu yang direka untuk dilancar dari kapal.

China turut mempamerkan beberapa peluru berpandu anti-kapal hipersonik seperti Yingji-17, Yingji-19 dan Yingji-20, yang dilaporkan telah diuji terhadap replika kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat. Peluru berpandu lain yang dipamerkan termasuk Changjian-20A, Yingji-18C dan peluru berpandu jelajah Changjian-1000, serta Yingji-21, Dongfeng-17 dan Dongfeng-26D yang berkelajuan hipersonik.

Mesej daripada kekuatan militari yang dipamerkan China jelas: China inginkan keamanan, tetapi ia tidak takut kepada perang.

Sebanyak 26 negara menghadiri perarakan ini.

Tetamu kehormat yang menonjol ialah Presiden Rusia Vladimir Putin dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, yang berdiri di sisi President Xi di karpet merah.

Ini memberi petunjuk siapa yang bakal menjadi tangan kanan dan tangan kiri China ketika ia berdepan Barat.

Mengikut logik yang sama, 26 negara yang hadir pada pertunjukan kekuatan Beijing ini juga berkemungkinan besar akan berdiri bersama China di “pihak yang benar dalam sejarah,” seperti yang dinyatakan Presiden Xi.

Dalam konteks Asia Tenggara, yang dijangka menjadi salah satu gelanggang utama pertembungan antara China dan Barat, kita dapat melihat daripada senarai kehadiran siapa yang berkemungkinan menyebelahi China dan siapa yang tidak.

Antara negara ASEAN yang berada di sisi China ialah negara kita sendiri, Malaysia—Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan isterinya mewakili negara kita dalam acara ini - yakni, kita berdiri bersama para pemimpin Kemboja, Vietnam, Indonesia, Laos dan Myanmar untuk Bersama negara China dalam pertelingkahannya dengan Tamadun barat.

Kehadiran pemimpin negara dalam acara ini kemungkinan besar dianggap sebagai tanda kesetiaan kerana Presiden Prabowo dari Indonesia memilih untuk hadir walaupun menghadapi pergolakan domestik di negaranya. Prabowo pada awalnya membatalkan penyertaannya kerana kekecohan di dalam Indonesia, tetapi kemudian menarik balik keputusan itu dan membuat kemunculan mengejut, kemungkinan kerana sebagai seorang bekas tentera, beliau memahami betapa pentingnya kehadirannya di acara ini.

Sementara itu, daripada ketidakhadiran mereka, kita dapat melihat bahawa antara negara ASEAN yang mungkin menyokong Barat ialah Singapura dan Filipina, serta mungkin juga Thailand dan Brunei.

Sebagai tindak balas terhadap pertunjukan kekuatan China, Presiden Amerika Donald Trump, ketua blok Barat, menulis di Truth Social: “Sila sampaikan salam saya kepada Vladimir Putin dan Kim Jong Un ketika anda bersekongkol menentang Amerika Syarikat.”

Melihat mesej daripada ketua besar dua tamadun utama dunia ini, kita dapat melihat bahawa pertembungan tamadun yang diramalkan oleh sarjana Amerika Samuel Huntington, pada 1996 kini sedang berlaku di depan mat akita..

Dalam pertembungan ini, tamadun akan menentang tamadun, negara akan menentang negara, jiran akan menentang jiran, dan sahabat akan menjadi musuh.

Perang akan berlaku, kematian akan berlaku, kemusnahan akan berlaku dan penderitaan besar akan berlaku —setelah selesai semuanya, , daripada abu kehancuran, satu order baru dunia akan muncul.

Malaysia telah membuat pilihan kita—semoga pilihan kita adalah tepat.


TheRealNehruism (nehru.sathiamoorthy@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.