JELI - Penduduk di Kampung Jerimbong, Kuala Balah di sini hanya bekerja sebagai penoreh getah dan menjadikan aktiviti mendulang atau melombong secara kecil-kecilan dengan menggunakan mesin pam penyedut sekadar mencari duit sampingan.
Penduduk asal di sini yang hanya ingin dikenali sebagai Mohamad, 62, berkata, aktiviti mencari emas sudah menjadi tradisi di sini sebagai mata pencarian sampingan selepas tidak dapat menoreh getah akibat faktor cuaca.
"Pendapatan sebagai penoreh tidak seberapa, lebih-lebih lagi apabila musim hujan. Jadi penduduk di sini akan memilih untuk turun ke anak sungai mendulang emas.
"Namun dalam ramai-ramai ada yang menggunakan mesin pam penyedut demi mendapatkan hasil yang lebih walaupun mereka tahu risiko berdepan dengan tebing runtuh dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian.
ARTIKEL BERKAITAN:
'Isteri adik sarat mengandung anak kelima menangis bila tahu suami maut tertimbus'
"Adik ipar akan bersalin Ogos ini dan mereka mempunyai empat orang anak berusia 12 hingga 2 tahun.
Dua lelaki maut tertimbus ketika lombong emas tanpa lesen
'Dia jadi pemarah, gelisah...' - Bapa mangsa maut tertimbus lombong emas
Menurutnya lagi, mesin tersebut yang dibeli dari China pada harga sekitar RM300 hingga RM500 itu akan diubah suai seperti rakit untuk memudahkan pergerakan dan kerja mengepam di dalam air.
Ujarnya, ia juga memakan modal apabila perlu menggunakan minyak petrol dan jika ditolak kos, pendapatan yang diterima tidaklah semewah seperti dibayangkan walaupun harga emas sekarang mahal.
"Tetapi lebih sedikit daripada mendulang. Namun di kawasan ini hanya melibatkan penduduk setempat sahaja tiada orang luar sebagaimana didakwa kerana pemantauan sentiasa dibuat lebih-lebih oleh pihak PTG (Pejabat Tanah dan Galian)," katanya.
Beliau memberitahu, dakwaan mengatakan terdapat ratusan individu dipercayai mendalangi kegiatan perlombongan emas secara haram di kawasan berkenaan sebagaimana dilaporkan oleh sebuah media tempatan adalah tidak benar.
Ujarnya, yang membuat aktiviti mendulang dan melombong di sini hanya penduduk sekitar puluhan orang.
Mohamad memberitahu, kejadian penduduk maut akibat aktiviti lombong emas pernah berlaku 30 tahun lalu dan pada Rabu adalah yang terkini sehingga meragut dua nyawa.
Sebelum itu Sinar Harian Online melaporkan dua lelaki maut selepas tertimbus dalam runtuhan tebing tanah setinggi dua meter dipercayai berlaku ketika aktiviti melombong emas di kawasan anak sungai Ladang Sawit Jerimbong di sini pada Rabu malam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, seorang lagi mangsa dilaporkan terselamat

