Pendapatan sewa aset penjagaan kesihatan Al-Aqar Healthcare REIT diunjur kekal stabil - MIDF Research

Business & Finance
23 Feb 2024 • 9:47 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pendapatan sewa aset penjagaan kesihatan Al-Aqar Healthcare REIT diunjur kekal stabil - MIDF Research

herman

23/02/2024 - 09:47

KUALA LUMPUR 23 Feb - MIDF Research mengekalkan unjuran pendapatan Al-Aqar Healthcare Real Estate Investment Trust (Al-Aqar REIT) untuk tahun kewangan 2024 dan 2025 (FY24/25) didorong perbelanjaan amanah pelaburan hartanah kembali normal.

Menurutnya, kos pembiayaan Islam juga dijangka kekal stabil pada masa hadapan kerana Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3%.

Firma penyelidikan itu juga melihat bahawa pendapatan sewa daripada aset penjagaan kesihatannya kekal stabil pada masa hadapan.

"Secara keseluruhan, kami melihat bahawa prospek pendapatan untuk Al-‘Aqar sepatutnya meningkat sedikit pada masa hadapan, menyokong portfolio aset penjagaan kesihatan.

"Namun begitu, peningkatan adalah terhad pada ketika ini dan oleh itu kami mengekalkan saranan 'Neutral" terhadap Al-‘Aqar," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

MIDF Research mengekalkan harga sasaran (TP) untuk Al-‘Aqar pada RM1.25 sesaham berdasarkan Model Diskaun Dividen.

Sementara itu, kata firma penyelidikan itu, pendapatan bersih teras Al-‘Aqar FY23 sebanyak RM65.8 juta adalah seperti diunjurkan, membentuk 97% daripada jangkaan.

"Pendapatan yang lebih lemah pada FY23 terutamanya diseret oleh perbelanjaan pentadbiran yang lebih tinggi (+43%yoy) dan kos pembiayaan Islam yang lebih tinggi (+41.8%yoy).

"Selain itu, pendapatan yang lebih rendah juga disebabkan oleh yuran profesional yang lebih tinggi. Itu membawa kepada peningkatan 46.7%yoy dalam jumlah perbelanjaan amanah pada TK23," jelasnya.- DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved