Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah – Hajiji

8 Jul 2024 • 3:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Raisha Dania

PAPAR: Kerajaan negeri terus melakukan pendekatan agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, kerajaan melalui Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), Ketua Isi Rumah (KIR) atau ahli isi rumah golongan miskin tegar ditawarkan pekerjaan dalam agensi kerajaan dan syarikat swasta.

Langkah ini yang disifatkannya sebagai suatu proses penghijrahan berjaya mengurangkan kadar miskin tegar di Sabah daripada 22,510 KIR kepada hanya 5,379.

“Kerajaan negeri bertekad untuk mengeluarkan mereka daripada garis kemiskinan.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Pendekatan seumpama ini akan terus kita lakukan bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah, Insya Allah,” katanya pada sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri di Dewan Masyarakat Papar, di sini, Ahad.

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin merasmikan sambutan itu.

Hajiji berkata, tema sambutan tahun ini “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani” mengajak umat Islam untuk terus bekerja dan berusaha ke arah mencapai kejayaan dan kesejahteraan dalam kehidupan.

Hajiji berkata ketibaan tahun baharu Hijrah yang diiringi sambutan Maal Hijrah diharap mampu menyemarakkan lagi semangat juang dan menggilap cita-cita dalam jiwa semua umat Islam.

“Bukan sahaja dalam mengejar impian dan harapan, tetapi juga selaku anggota masyarakat, dalam memikul amanah yang dipertanggungjawabkan terutamanya sebagai anggota dalam perkhidmatan awam sebagai penggerak dan pelaksana program pembangunan negeri dan negara,” katanya.

“Kisah-kisah dalam peristiwa Hijrah Rasulullah wajar dijadikan sebagai iktibar, sumber inspirasi, dihayati dan contohi bersama oleh umat Islam dalam menjalani kehidupan.

“Oleh itu, sentiasa bermuhasabah diri wajar menjadi rutin kehidupan setiap muslim untuk menanamkan rasa keinsafan dalam diri masing-masing, mempertingkatkan amalan dan kewajipan terhadap Allah SWT, di samping memelihara hubungan baik sesama insan,” katanya.

Beliau berkata, kisah dalam peristiwa Hijrah Rasulullah wajar dijadikan sebagai iktibar, sumber inspirasi, dihayati dan dicontohi bersama oleh umat Islam dalam menjalani kehidupan.

“Justeru dalam mendepani dunia yang serba mencabar dewasa ini, kita sebagai ummah, seharusnya lebih kuat dan berani mendepani apa juga situasi yang mendatang.”

Beliau berkata generasi muda yang bakal mewarisi pimpinan negeri dan negara, mesti terus melakukan yang terbaik sebagai warga yang menjunjung tuntutan agama, bangsa dan negara.

“Ketepikanlah perbezaan, sebaliknya raikan persamaan yang telah kita kongsi bersama selama ini.

“Pupuklah semangat kekitaan, eratkan persaudaraan, bersama kita berusaha, ramai- ramai kita bekerja, demi menjayakan misi dan visi Malaysia Madani serta Hala Tuju SMJ ke arah negeri Sabah yang makmur dan sejahtera,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.