Tiada kekeliruan Hari Sabah, Hari Kebangsaan: Ketua Menteri

7 Jul 2024 • 1:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Raisha Dania

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan kerajaan negeri telah mewartakan tarikh 31 Ogos sebagai Hari Sabah pada Jun lepas.

Menurutnya, Hajiji berkata perkara itu diputuskan oleh pihaknya bagi tujuan untuk memperingati Hari Sabah sebagai hari yang bersejarah di negeri ini.

“Jadi kerajaan negeri berpendapat ia perlu diwartakan untuk diperingati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi 2024 Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Malaysia Timur di Dewan Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah, di sini, Sabtu.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Dalam pada itu, Hajiji turut ditanya sekiranya tindakan kerajaan negeri mewartakan Hari Sabah pada tarikh sama Hari Kebangsaan diadakan bakal mendatangkan kekeliruan, terutamanya dalam konteks penganjuran sambutan terbabit.

Bagaimanapun, beliau menafikan perkara itu di samping menegaskan Hari Kebangsaan akan disambut meriah seperti biasa.

“Tidak ada (kekeliruan), kita teruskan perayaan Hari Kebangsaan. Kita dalam satu negara yang sudah merdeka tetapi kalau ada sikit-sikit acara mengenai peringatan Hari Sabah, kita benarkan.

“Tetapi ia (penganjuran aktiviti Hari Sabah) tidak boleh menganggu program Hari Kebangsaan,” katanya.

Jumaat lepas, pautan sebuah warta dibuat pada 5 Jun dan diterbitkan pada 20 Jun lepas yang memaklumkan mengenai perkara terbabit telah tular di laman media sosial.

Warta tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong dan diterbitkan atas perintah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.