Pendidikan bumiputera perlu beralih daripada kuota kepada keupayaan diri

LocalPolitics
8 Sep 2026 • 11:40 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pendidikan bumiputera perlu beralih daripada kuota kepada keupayaan diri

KUALA LUMPUR – Kelangsungan pendidikan masyarakat Melayu dan bumiputera pada masa hadapan tidak lagi boleh bergantung kepada kuota semata-mata, sebaliknya perlu ditransformasikan kepada “survival” keupayaan diri.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kejayaan golongan itu perlu diukur menerusi kemampuan menguasai bidang kritikal seperti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), penciptaan teknologi baharu serta pemilikan harta intelek.

“Ukurannya bukan sekadar berapa ramai yang memasuki universiti, tetapi berapa ramai yang mampu berfikir, menguasai STEM, membina syarikat global dan memimpin institusi bertaraf dunia,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Pendidikan Melayu 2026 di sini hari ini.

Zambry berkata bagi mencapai matlamat itu, ekosistem pendidikan negara perlu berganjak daripada sekadar menyediakan akses kepada peningkatan kualiti dan kelayakan kepada kompetensi, pekerjaan kepada keusahawanan, serta penggunaan kepada pemilikan teknologi.

Beliau berkata bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu dijadikan laluan utama pembangunan bakat negara dan bukannya lagi pilihan kedua bagi melahirkan lebih ramai pakar penyelesai masalah dan juruteknik berkemahiran tinggi.

Mengulas mengenai naratif kebergantungan golongan bumiputera, Zambry berkata dasar afirmatif masih mempunyai rasional selagi wujud ketidakseimbangan struktur, namun matlamat akhirnya haruslah ke arah pemberdayaan, kecemerlangan dan kemandirian.

“Pendidikan Melayu dan Bumiputera tidak boleh selama-lamanya dibina atas naratif…kami perlu dibantu kerana kami lemah.

“Naratif masa depan mestilah..kami diberikan peluang untuk menjadi kuat dan setelah kuat, kami mampu berdiri sendiri, memimpin serta membantu orang lain,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya Zambry menekankan kepentingan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan identiti, manakala bahasa Inggeris serta bahasa lain berfungsi sebagai jambatan untuk bersaing di peringkat global tanpa mengabaikan aspek integriti.

“Dalam mengejar kecemerlangan global, kita tidak boleh kehilangan jiwa. Pendidikan mesti melahirkan manusia yang pintar tetapi pada masa yang sama mempunyai akhlak, identiti, integriti dan keberanian moral,” katanya. – BERNAMA

The post Pendidikan bumiputera perlu beralih daripada kuota kepada keupayaan diri appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved