'Pendirian Asyraf Wajdi cermin keutamaan UMNO pertahan institusi Raja-Raja Melayu'

LocalPolitics
4 Jan 2025 • 12:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bung Moktar

KOTA KINABALU - UMNO Sabah menyifatkan pendirian Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, UMNO mencerminkan keutamaan UMNO dalam mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pendirian itu juga mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan menunjukkan penghormatan kepada sistem keadilan negara.

"UMNO Sabah menyambut baik kenyataan beliau yang ingin menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian yang diambil dalam menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong.

"Dalam hal ini, UMNO Sabah turut menaruh harapan tinggi terhadap kebijaksanaan serta keihsanan Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan keadilan penuh diberikan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berkata, sebagai rakyat Malaysia yang menjunjung tinggi nilai institusi Raja-Raja Melayu, UMNO Sabah berdiri teguh bagi memastikan segala tindakan dan keputusan diambil dengan penuh tanggungjawab serta hikmah demi kepentingan negara dan rakyat.

Sebelum itu, Asyraf Wajdi dalam kenyataannya memaklumkan UMNO tidak akan meneruskan perhimpunan solidariti buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin depan.

Beliau berkata, pihaknya menaruh sepenuh keyakinan atas keihsanan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dalam memberikan keadilan penuh kepada bekas Presiden parti itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved