“Penduduk berebut nak parking” – Penganjur Festival Makanan Dikritik Buat ‘Event’ Berdekatan Kawasan Rumah

Entertainment
10 Jan 2025 • 12:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Aneka hidangan dengan pelbagai rupa dan rasa membuatkan pesta atau festival makanan kini menjadi tumpuan ramai pengunjung.

Ditambah pula dengan trend makanan viral, orang ramai sanggup bersesak dan beratur panjang semata-mata tidak mahu melepaskan peluang menikmatinya.

Pun begitu, sebuah festival makanan yang diadakan di Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini telah menjadi sorotan netizen gara-gara pemilihan kawasan yang dianggap tidak strategik dan menyusahkan penduduk sekitar.

Di ruangan komen Instagram penganjur festival makanan tersebut, rata-rata netizen mengkritik lokasi yang digunakan penganjur sehingga menyebabkan penduduk sendiri sukar melakukan urusan harian.

Difahamkan, festival makanan itu diadakan di kawasan parkir pusat niaga Sama Square. Namun, apa yang menjadi isu apabila lokasi itu berdekatan dengan kawasan perumahan bertingkat sehingga menyebabkan timbul masalah kekurangan parkir.

image is not available image is not available image is not available

Bukan itu sahaja, jalan raya juga menjadi sesak dengan kereta dari penduduk sekitar dan pengunjung seperti yang dikongsikan dalam video tular ini.

MP Setiawangsa terima aduan

Sementara itu, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad memberitahu telah menerima banyak aduan berhubung isu tersebut.

Beliau memaklumkan pihaknya akan melakukan tindakan susulan dengan pihak berkuasa untuk menyelesaikannya.

image is not available

Harap isu ni dapat diselesaikan secepat mungkin. Kesian kepada penduduk…

Sumber: Instagram, TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.