
JAKARTA – Penduduk di Bengkulu, Indonesia menerima kecaman orang ramai kerana dirakam berpusu-pusu mengambil makanan ringan daripada sebuah gudang yang terbakar.
Kebakaran itu melanda dua rumah kedai yang terletak di Jalan Bumi Ayu Raya di Kota Bengkulu, baru-baru ini.
Kejadian tersebut turut menyebabkan seorang lelaki maut, namun sebilangan penduduk tidak mempunyai sikap empati dan menceroboh masuk ke dalam kedai untuk mengambil makanan.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @pst0re menunjukkan orang ramai termasuk wanita dan kanak-kanak membawa lari sejumlah makanan ringan.
Susulan kejadian itu, polis berjaya 12 individu yang didakwa mencuri harta orang lain. – AGENSI
The post Penduduk ‘berjemaah’ kebas makanan ringan dari gudang terbakar appeared first on Kosmo Online.

