
RANAU: Jalan yang menghubungkan daerah Ranau dan Tambunan berkemungkinan terputus pada bila-bila masa, sekiranya tiada pemantauan dan pembaikan segera beberapa lokasi tanah runtuh di jalan tersebut.
Beberapa penduduk yang menghubungi media menjelaskan, pemantauan berterusan perlu dilakukan diikuti kerja-kerja pembaikan mana-mana kawasan yang runtuh supaya jalan penghubung dua daerah itu tidak terputus.
“Sebagai contoh, tanah runtuh yang berlaku berhampiran pondok hentian bas yang terletak berhampiran perumahan penduduk Kg Tungou Ranau baru-baru ini.
