Penduduk Bumi Telah Menggunakan Kesemua Sumber Yang Dikeluarkan Setahun Pada 2 Ogos Lalu

WorldTechnologyDigitalSpace
4 Aug 2023 • 12:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun ini Earth Overshoot Day (EOD) jatuh pada 2 Ogos lalu. Tidak seperti hari keraian lain, “Hari Terlajak Bumi” ini adalah petanda buruk untuk masa depan penduduk bumi. Pada 2 Ogos lalu kesemua sumber yang dihasilkan oleh bumi dalam masa setahun telah habis digunakan. Pada tahun 2023, dianggarkan sebanyak 1.7 kali ganda sumber bumi diperlukan bagi menanggung keperluan manusia.

image is not available

EOD sudah disambut sejak 1975. Pada tahun tersebut EOD jatuh pada 25 Disember 1971. Sejak daripada tahun pertama lagi, EOD hadir semakin awal kerana penggunaan sumber bumi yang semakin meningkat. Satu-satunya berita baik untuk tahun 2023 ialah, EOD tiba lima hari lebih lewat berbanding 2022.

Negara dengan penduduk paling banyak menggunakan sumber harian ialah Qatar. Jika semua penduduk bumi hidup seperti warga Qatar, EOD akan jatuh pada 10 Februari lalu. Negara dengan rekod terbaik ialah Benin kerana hanya menggunakan kesemua sumber yang dikeluarkan bumi pada 26 Disember depan.

image is not available

Bagaimana pula dengan Malaysia? Malang sekali negara kita telah menggunakan semua sumber yang dikeluarkan setahun pada 16 Mei yang lalu. Negara dengan rekod terbaik di Asia Tenggara ialah Indonesia di mana EOD jatuh pada 3 Disember dan Myanmar pada 15 Disember depan.