Penduduk ‘Busybody’ Syak Pasangan Suami Isteri Tanam Bayi, Rupanya Mayat Kucing

Entertainment
31 Jul 2023 • 6:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tindakan penduduk kampung yang syak wasangka terhadap pasangan suami isteri ini akhirnya memalukan diri sendiri. Ia selepas mereka digemparkan dengan penemuan misteri sebuah kubur yang dibuat oleh pasangan tersebut.

Penduduk dari kampung Sukaresmi di Tanah Sereal di Bogor, Indonesia mengesyaki pasangan yang baru tinggal di kampung itu menanam mayat bayi di kawasan perkuburan persendirian. Walau bagaimanapun, TribunTrends melaporkan bahawa ianya hanyalah ‘mayat’ seekor kucing.

image is not available

“Ya, itu kucing saya, haiwan peliharaan saya juga. Kami menjaganya sejak kecil. Ia mati semasa bunting. Siapa yang tidak sedih,” kata salah seorang daripada pasangan itu.

Dia bagimanapun tidak menyangka perbuatannya itu telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan penduduk setempat.

“Pada mulanya, kami ingat kubur itu dibuat di tempat terbuka, tetapi ia ternyata di tanah persendirian, mungkin itu yang kecoh.”

Jelasnya lagi, kebetulan kawasan itu ada CCTV, ia mungkin jadi penyebab rasa curiga penduduk apabila melihat dia menanam sesuatu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.