Penduduk Flat Pudu Impian, Cheras Cemas Lepas Rasa Gegaran Dari Gempa Bumi Sumatera Utara

4 Apr 2023 • 9:21 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Semalam (3 April), satu gempa bumi kuat dengan magnitud 6.2 skala Ritcher telah melanda di barat daya Sumatera Utara, Indonesia sekitar pukul 10.59 malam.

Gempa bumi tersebut juga dapat dirasai hingga ke Malaysia apabila penduduk di Flat Pudu Impian, Kuala Lumpur turut cemas kerana merasai gegaran.

image is not available
Para penduduk berkumpul di luar bangunan flat (Foto: FB/Bomba Kuala Lumpur)

Penduduk flat hubungi bomba lepas rasa gegaran gempa bumi

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima satu panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.13 malam.

“Pemanggil memaklumkan terasa gegaran di bangunan kediaman sebelum menggerakkan jentera untuk membuat pemantauan dan pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

image is not available
Foto: FB/ Bomba Kuala Lumpur

MetMalaysia sahkan tiada ancaman tsunami

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada negara ini.

Difahamkan juga, gegaran gempa bumi terbabit berkemungkinan hanya dirasai di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Ramai terkejut dapat notifikasi amaran gempa bumi

Terdahulu, tinjauan kami di media sosial mendapati rata-rata rakyat Malaysia terkejut apabila mendapat notifikasi daripada telefon pintar mereka semalam berkaitan bencana ini.

Malah kebanyakkan orang juga mendakwa tidak menyedari sebarang gegaran semasa kejadian berlaku.