Penduduk Gaza rai kejayaan Sepanyol julang Piala Dunia

20 Jul 2026 • 11:39 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Penduduk Gaza rai kejayaan Sepanyol julang Piala Dunia

GAZA, 20 JULAI: Rakyat Palestin berkumpul di beberapa kedai kopi di kem pelarian Nuseirat, tengah Gaza, untuk menyaksikan final Piala Dunia FIFA 2026 sebelum bersorak meraikan kemenangan Sepanyol ke atas Argentina, lapor Anadolu Ajansi.

Tayangan perlawanan itu memberi peluang kepada penduduk untuk melupakan seketika tekanan perang dan kesukaran kehidupan seharian di wilayah berkenaan.

Ramai dalam kalangan penonton memberikan sokongan kepada Sepanyol sebagai menghargai pendirian negara itu yang menyokong rakyat Palestin.

“Kami berkumpul untuk menyokong Sepanyol kerana negara itu telah lama bersama rakyat Palestin,” kata penduduk Gaza Numan Abdullah, yang menyaksikan perlawanan berkenaan kepada Anadolu Ajansi.

Beliau berkata sesi tontonan itu turut membawa mesej keamanan dan solidariti kepada negara-negara yang menyokong perjuangan rakyat Palestin.

“Kami ialah rakyat yang mendambakan keamanan,” kata Abdullah.

Sepanyol menjuarai Piala Dunia FIFA 2026 pada Ahad selepas menewaskan Argentina 1-0, sekali gus meraih gelaran dunia kedua selepas kejayaan pada 2010.

Argentina pula gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya pada Piala Dunia 2022 di Qatar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved