Penduduk gembira, hujan lebat sapu jerebu Kalimantan  

WorldEnvironment
5 Sep 2026 • 11:27 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penduduk gembira, hujan lebat sapu jerebu Kalimantan  

JAKARTA – Penduduk kota Pontianak, wilayah Kalimantan Barat bergembira dan bersyukur apabila hujan turun membasahi kawasan itu selepas lebih sebulan dilanda kemarau serta jerebu tebal akibat kebakaran hutan dan tanah, lapor agensi berita ANTARA. 

“Alhamdulillah, hujan turun di Jalan Rajawali Pontianak. Apa yang kami menunggu selama ini akhirnya tiba,” kata seorang penduduk dikenali sebagai Ario semalam. 

Ario berkata, hujan yang turun di kawasan itu agak lebat meskipun hanya bertahan sekitar 10 minit, sambil menambah, dapat menyegarkan udara dan membasahi tanah. 

“Ini merupakan hujan pertama, petanda bahawa musim hujan sudah tiba,” kata Ario. 

Hujan turut direkodkan di sekitar daerah Pontianak Selatan, dengan seorang penduduk dikenali sebagai Eko berkata, dia bersyukur dan menyifatkan cuaca itu membawa kebaikan kepada alam sekitar. 

“Saya sangat bersyukur hujan akhirnya turun. Dengan hujan, tanah basah dan udara menjadi segar. Terdapat harapan bahawa kebakaran hutan serta tanah dapat dipadamkan,” kata Eko. 

Beberapa kawasan di Kalimantan Barat termasuk Kota Pontianak sebelum ini diselubungi jerebu tebal dengan jarak penglihatan sangat terhad akibat kebakaran hutan dan tanah. 

Kerajaan dan pemerintah Kalimantan Barat meneruskan usaha menangani kebakaran hutan dan tanah serta kesannya. – AGENSI

 

The post Penduduk gembira, hujan lebat sapu jerebu Kalimantan   appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved