Penduduk Kampung Baru Sungai Jarom hasilkan tanglung bahan kitar semula

LocalEnvironment
13 Sep 2026 • 6:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Penduduk Kampung Baru Sungai Jarom hasilkan tanglung bahan kitar semula

SHAH ALAM, 13 SEPT: Kreativiti penduduk Kampung Baru Sungai Jarom terserlah menerusi penghasilan tanglung menggunakan bahan kitar semula sempena sambutan Hari Kuih Bulan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Banting V Papparaidu berkata, program itu bukan sahaja memeriahkan sambutan perayaan, malah menggalakkan masyarakat mengetengahkan kreativiti dalam menghasilkan tanglung daripada bahan kitar semula.

“Usaha seperti ini amat bermakna dalam memupuk kesedaran mengenai kelestarian alam sekitar, mengeratkan hubungan kekeluargaan serta memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri program anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Baru Sungai Jarom yang berlangsung di Balairaya Taman Yayasan Jenjarom, pagi tadi.

Papparaidu turut merakamkan ucapan tahniah kepada Ketua Kampung Kampung Baru Sungai Jarom Ang Peng Kee serta seluruh jawatankuasa penganjur atas usaha kreatif dalam menjayakan program berkenaan.

Beliau berharap program seumpama itu terus menjadi wadah untuk menyemarakkan tradisi, memupuk keharmonian komuniti serta membina masyarakat yang lebih prihatin terhadap kelestarian alam sekitar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved