Penduduk Kampung Sembulan Tengah rayu tarik balik notis usir

LocalPolitics
21 Sep 2024 • 4:30 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Hayati Dzulkifli

Kota Kinabalu: Beribu-ribu penduduk Kg Sembulan Tengah di sini membabitkan lebih 200 rumah memohon Kerajaan Negeri menarik balik dua notis untuk mengusir dan merobohkan rumah di kampung bandar itu dalam tempoh 14 hari, yang dikeluarkan pada Khamis.

Mereka diarah melalui notis yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk membongkar atau memindahkan struktur (rumah) mereka di Kg Sembulan Tengah dalam tempoh 14 hari mulai 19 Sept yang merupakan peruntukan di bawah Undang-undang Kecil (Bangunan) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu 1951.

Jika gagal, DBKK boleh merobohkan semua bangunan di kampung itu selepas tamat 14 hari.

Penduduk juga menerima notis daripada Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) untuk mengosongkan tanah dan struktur bangunannya di Skim Pembangunan Semula Bandar Sembulan, Kota Kinabalu, dalam tempoh 14 hari dari notis ini dikeluarkan pada 19 Sept.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Jika gagal, penduduk boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 166, Ordinan Tanah Sabah Bab 68.

Notis itu juga menyatakan lokasi penduduk terjejas dipercayai di bawah Skim Pembangunan Semula Bandar Sembulan, yang merupakan satu kesalahan di bawah Ordinan Tanah Sabah Bab 68.

Bagi pihak penduduk Kg Sembulan Tengah di bawah skim itu, Pengerusi Pertubuhan Penduduk dan Kebajikan Kg Sembulan Osman Omar Khan, berkata kawasan terjejas (Kg Sembulan Tengah) ialah rumah kampung air di belakang Harbour City dan Sutera Avenue hingga Ming Garden Hotel, seluas lebih 3.5 ekar.

Beliau berkata penduduk terkejut menerima dua notis itu termasuk notis pengusiran yang hanya memberi mereka tempoh 14 hari, yang didakwa sebagai notis perobohan pertama.

“Mengeluarkan dua notis itu sama seperti bertindak kejam tanpa pertimbangan kerana tiada perbincangan diadakan antara kami pemilik tanah dan pihak berkuasa sebelum pengeluaran notis tersebut.

“Kami memohon pada Ketua Menteri, yang mempunyai kuasa tertinggi untuk campur tangan dalam perkara ini dan mempertimbangkan nasib kami dengan membatalkan kedua-dua notis itu, pertama, kerana lot-lot itu dimiliki oleh penduduk tempatan dan masyarakat Bumiputera yang telah menetap di Sembulan Tengah selama beberapa dekad sejak nenek moyang mereka,” katanya.

Bercakap kepada pemberita di sini, pada Jumaat, selepas mengadakan pertemuan dengan sebahagian penduduk terjejas, Osman yang mempunyai dua lot di Sembulan berkata mereka juga keliru kenapa kawasan Sembulan yang ditetapkan sebagai Skim Pembangunan Semula Bandar Sembulan dibatalkan kerana menerima surat daripada DBKK dan JTU memaklumkan bahawa skim tersebut masih diteruskan.

“Kami berada dalam kegelapan mengenai skim ini, yang dikatakan telah dibatalkan, tetapi DBKK dan JTU telah memaklumkan melalui surat bahawa skim itu masih diteruskan.

“Apabila kami bertemu Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong di pejabatnya bulan lalu, beliau juga memaklumkan bahawa Skim Pembangunan Semula Bandar Sembulan telah dibatalkan.

“Justeru, kami berharap perkara ini dapat dijelaskan dengan baik oleh pihak berwajib kerana notis Jabatan Tanah dan Ukur menyatakan ia satu kesalahan jika penduduk berada dalam skim itu,” katanya.

Osman berkata mereka difahamkan bahawa Sembulan Tengah yang diletakkan di bawah skim itu diperuntukkan untuk pembangunan yang mereka tidak ada butiran terperinci.

Beliau berkata mereka tidak menentang pembangunan di Sembulan tetapi mereka bertegas mahukan situasi menang-menang dicapai antara pemilik lot dan kerajaan supaya kesejahteraan mereka terpelihara.

Osman berkata mereka juga mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk membina rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Sembulan supaya mereka boleh dipindahkan ke unit-unit ini dan mempunyai rumah untuk tinggal bersama keluarga.

Ini kerana, katanya, agak ramai antara mereka dalam kumpulan B40 dan berpendapatan rendah, selain Sembulan Tengah mempunyai Pajakan Tanah Luar Bandar (CL) tidak boleh dilanjutkan.

Menurutnya, mereka berbesar hati kerana Kerajaan Negeri melalui Jabatan Ketua Menteri turut memenuhi keperluan mereka dengan menganjurkan dialog hari ini (Sabtu) di dewan serbaguna di Sembulan bersama pihak berwajib berhubung perkara itu.

Menerusi dialog itu, Osman berkata mereka berharap pelanjutan semula premium tanah di Sembulan Tengah dibenarkan dan kampung seluas 3.5 ekar itu diwartakan sebagai penempatan Melayu Bumiputera di sini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.