Penduduk Kampung Sungai Baru Dah Lama Dapat Notis, Zahid Hamidi Tegaskan Serangan Tak Patut Berlaku

LocalPolitics
12 Sep 2025 • 1:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia zahid Hamidi Kampung Sungai Baru

Insiden tegang tercetus ketika operasi pengosongan bangunan di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur apabila Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Suzilme Affendy Sulaiman dilaporkan cedera di kepala dipercayai akibat balingan batu oleh individu tidak dikenali.

Menurut laporan Bernama, Operasi itu dijalankan susulan arahan mahkamah untuk merobohkan struktur rumah di kawasan berkenaan, namun kekecohan tercetus hingga tular di media sosial.

Zahid Hamidi kata penduduk dah lama dapat notis

image is not available

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan insiden tidak sepatutnya berlaku kerana penduduk telah lama diberikan notis pengosongan.

Walaupun kita telah merancang untuk mengadakan konvensyen mengenai RUU PSB, kita akan tetap mengambil tindakan segera selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Beliau turut meminta Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ghani yang mengetuai Pasukan Khas UMNO bagi penambahbaikan RUU Pembaharuan Semula Bandar (PSB) untuk segera menguruskan masalah ini.

Anwar Ibrahim turut kecam serangan

image is not available

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan serangan terhadap ACP Suzilme sebagai perbuatan keji dan menegaskan perkara sebegini tidak boleh dibiarkan berlaku.

Pssttt! Apa pun situasi, keganasan bukan jalan penyelesaian. Semua pihak perlu hormat undang-undang, duduk berbincang dan cari jalan terbaik agar hak rakyat terpelihara tanpa menjejaskan keselamatan.

Kredit: Bernama
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.