
KOTA BELUD: Seramai 57 penduduk Kg Koduko, Ambong, di sini, menjalankan gotong-royong untuk menaik taraf jalan ke kampung mereka, baru-baru ini.
Usaha tersebut khususnya bertujuan untuk menyimen bahagian jalan yang curam.
Pengerusi penganjur Persatuan Keluarga Gilong, Samion Lungan, 67, berkata, gotong-royong tersebut dilakukan khususnya untuk menyimen bahagian jalan yang curam.
“Kereta biasa tidak dapat lalu pada musim hujan kerana licin, dan pada musim kemarau pula habuk sangat tebal. Hanya kenderaan pacuan empat roda (4WD) sahaja dapat lalu,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.
SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Menurut beliau, Jalan Darason Koduko Marakit sejauh 7km itu mula dibina pada 2011 melalui sumbangan penduduk kampung itu, khasnya peserta dari beberapa daerah yang membina rumah di situ.
“Penduduk kampung ini adalah warga tempatan dari pelbagai suku kaum dan agama.
“Ketika ini, terdapat 57 rumah dan pembinaan rumah juga rancak dijalankan,” tambahnya.
Sebelum ini, Samion mendakwa pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung itu telah mengemukakan permohonan untuk menaik taraf jalan tersebut kepada jalan asfalt atau simen, tetapi tidak mendapat perhatian kerajaan.
Malah, katanya, penganjur telah memohon kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah untuk mengambil alih jalan buatan penduduk kampung itu, menjadi jalan milik JKR.
Namun, dakwanya, selepas menanti 13 tahun, penduduk sudah serik menunggu bantuan kerajaan.
Mengulas lanjut, Samion berkata seramai 253 penduduk kampung serta pengguna jalan itu membuat kutipan dana untuk naik taraf tersebut.
“Lori pembancuh simen ditempah untuk 14 perjalanan. Selain itu, ada peserta dan pengguna jalan ini yang bermurah hati menyumbang batu kisar percuma seperti Ampau Ginduo (pemilik kilang batu).
“Manakala Waydi Mison menyumbangkan tenaga serta jentera ‘backhoe’ untuk meratakan bahagian jalan yang disimen.
“Lori 10 tan juga ditempah untuk mengangkut batu kisar dari Kg Taginambur ke jalan Koduko, untuk ditabur di bahagian jalan yang licin ketika hujan,” katanya.
Secara keseluruhan, Samion berkata mereka membelanjakan lebih RM30,000 wang mereka sendiri, dengan sumbangan tambahan daripada Persatuan Keluarga Gilong, Jessica Charlie dan Eld. Ealdin Daimin.
Ketua Kampung Pituru KK Sining Lakim, merakamkan ucapan terima kasih kepada penganjur atas usaha tersebut untuk kebaikan semua pengguna jalan ini.
Sementara itu, seorang peserta gotong-royong itu, Lion Bayuhan, 68, melahirkan rasa kecewanya atas kekurangan perhatian kerajaan terhadap keperluan mereka, sehingga menyebabkan mereka terpaksa berusaha sendiri membina kemudahan kampung itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
