Penduduk Lahad Datu dikejutkan dengan kehadiran ‘tornado’

15 Mar 2024 • 7:23 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

SANDAKAN – Penduduk di Lahad Datu cemas selepas puting beliung melanda kampung Batu 1, Jalan Segama, di sini, sehingga menerbangkan bumbung rumah mereka, petang tadi.

Kejadian yang berlaku pada 2 petang itu dirakamkan oleh orang ramai, dan ia kini menjadi tular di media sosial.

Fenomena yang jarang berlaku itu menerbangkan bumbung zink sehingga menyebabkan orang ramai ketakutan.

Penduduk di kawasan berkenaan memaklumkan hujan turun sebelum kejadian, namun cuaca bertukar cerah apabila puting beliung itu melanda dan ia berlarutan selama seminit.

Dalam pada itu, ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid ketika dihubungi memaklumkan sehingga jam 3.30 petang, jabatan tersebut masih belum menerima laporan mengenai insiden terbabit. - 15 Mac, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved