Penduduk lapor polis lelaki hina Islam

20 Jul 2022 • 12:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA TERENGGANU - Sekumpulan penduduk kampung membuat laporan polis berhubung tindakan seorang lelaki yang dipercayai menghina agama Islam menerusi rakaman suara yang tular di aplikasi WhatsApp.

Wakil penduduk, Ahmad Jaafar, 47 berkata, laporan itu dibuat di Balai Polis Chendering kira-kira jam 10.22 malam, pada Selasa.

Katanya, rakaman suara itu disedari tular ketika dia berada di kediamannya di Kampung Laut pada Isnin lalu.

"Saya menerima sebuah rakaman suara oleh seorang lelaki yang saya kenali di kampung ini yang telah dikongsikan di grup WhatsApp.

"Berdasarkan rakaman suara itu, lelaki terbabit telah menghina ALLAH SWT, Rasulullah SAW dan agama Islam dengan kata-kata kesat, malah turut mencabar kekuasaan ALLAH SWT," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Menurut Ahmad, dia bersama beberapa penduduk termasuk anggota pertubuhan kebajikan telah membuat laporan polis bagi menuntut tindakan setimpal diambil terhadap lelaki berkenaan.

"Saya tidak boleh berdiam diri apabila ALLAH SWT, Rasulullah SAW dan agama Islam dihina.

"Kita mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap lelaki tersebut setimpal atas perbuatan yang dilakukan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved