Termasuk Laluan Kereta Tak Sempat Elak, Lelaki Maut Tersepit Celah Tayar Perodua Myvi

20 Jul 2022 • 3:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular beberapa keping gambar di media sosial memperlihatkan seorang lelaki terperosok pada bahagian belakang kereta jenis Perodua Myvi.

Memetik laporan Kosmo, motosikal yang ditunggang mangsa merempuh sebuah kereta sebelum diseret dalam kemalangan di 58 Jalan Jementah-Muar.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd Noh berkata, siasatan mendapati Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang warga emas berusia 80-an ketika itu dalam perjalanan dari arah Jementah menghala ke Segamat.

image is not available

Sumber : Kosmo 

Difahamkan, motosikal yang ditunggang lelaki berkenaan tiba-tiba keluar ke laluan kereta dan tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian belakang kiri kereta sebelum terjatuh lalu terseret dan tersangkut pada tayar belakang.

Bahrin juga memberitahu, mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian selepas diperiksa oleh pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Jementah.

Selain itu, pihak polis turut meminta bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan peralatan khas.

Polis Segamat juga menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tampil membuat laporan di mana-mana balai atau Balai Trafik Segamat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 hari lalu

"Arwah Yang Paling Tak Sabar Menanti"- Lelaki Terlibat Kemalangan Tak Sempat Sambut Kelahiran Anak Ketiga