
PITAS: Pembinaan mini loji rawatan air bersepadu (Solar IOT) memberi sinar baharu kepada lebih 200 penduduk Kampung Lok Dangkaan, dekat sini, menikmati bekalan air bersih.
Mengambil kos pembinaan sekitar RM290,000, mini loji rawatan air bersepadu berkenaan dibina dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS), Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Yayasan Nur Jauhar dan Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (Laksana).
Salah seorang penduduk, Rasman Ismail, 52, menzahirkan kesyukuran kerana kini sudah berpeluang memperolehi sumber air bersih bagi kegunaan harian keluarganya.
“Sebelum ini penduduk hanya bergantung kepada air perigi serta hujan.
SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more “Malahan kami sering dihantui kebimbangan sekiranya berlaku musim kemarau berpanjangan.
“Oleh itu, penduduk sangat bersyukur apabila kampung kami dipilih sebagai pelaksaan projek ini tahun lalu.
“Ia mungkin perkara kecil dan kelihatan biasa buat orang di luar sana namun pembinaan mini loji rawatan air bersepadu ini adalah suatu nikmat luar buat kami di Kampung Lok Dangkaan ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Mini Loji Rawatan Air Bersepadu (Solar IOT) di Kampung Lok Dangkaan, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Rasman turut meminta agar pihak kerajaan menaik taraf jalan kampung terbabit yang dilihat kemudahan penting kepada pembangunan infrastruktur asas lain di kampung berkenaan.
Menurutnya, jalan raya sedia ada kini sukar dilalui kenderaan ringan kerana jalan tanah merah selain struktur muka bumi yang tidak rata.
Rasman berkata, situasi lebih buruk apabila musim hujan berikutan jalan akan berlumpur sekaligus menyukarkan penduduk keluar masuk kampung terutama ketika kecemasan.
“Jarak kampung kami dan pekan Pitas hanya sekitar 12 kilometer sahaja tetapi perjalanan mengambil masa sehingga sejam 30 minit.
“Sekiranya kami memiliki jalan raya berturap, saya yakin masa itu dapat disingkatkan selain mampu membawa lebih banyak kemajuan kemudahan asas lain seperti bekalan elektrik dan pembinaan sekolah untuk anak-anak kampung ini,” katanya.
Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, kerajaan negeri sentiasa peka dengan nasib penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah yang diakui masih memerlukan banyak kemudahan asas.
“Saya melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) negeri akan terus memantau keperluan rakyat kita di kawasan luar bandar dan pedalaman.
“Seperti di Kampung Lok Dangkaan ini, kita bakal mewujudkan kelas al-Quran dan fardu ain (Kafa).
“Di samping itu, kita juga bakal melantik imam bertauliah sama ada imam rawatib atau kariah,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

