Penduduk Malaysia kini 34.4 juta

12 Nov 2026 • 12:40 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penduduk Malaysia kini 34.4 juta

PETALING JAYA – Jumlah penduduk Malaysia dianggarkan meningkat 0.5 peratus kepada 34.4 juta orang pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta orang dalam tempoh sama tahun lalu.

Daripada jumlah itu, seramai 31 juta orang atau 90.2 peratus merupakan warganegara, manakala 3.4 juta orang lagi (9.8 peratus) terdiri daripada bukan warganegara.

Berdasarkan Perangkaan Demografi Malaysia Suku Tahun Ketiga 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), penduduk lelaki mendominasi komposisi penduduk negara.

Data menunjukkan seramai 18 juta penduduk lelaki atau 52.4 peratus berbanding 16.4 juta perempuan (47.6 peratus).

Mengikut struktur umur, kumpulan penduduk berusia 15 hingga 64 tahun membentuk populasi terbesar di negara ini iaitu 24.2 juta orang.

Ia diikuti golongan kanak-kanak berusia 14 tahun dan ke bawah seramai 7.3 juta orang, manakala kumpulan warga emas berusia 65 tahun dan lebih mencatatkan 2.9 juta orang.

Dari segi komposisi etnik pula, data DOSM memperlihatkan masyarakat Melayu membentuk kumpulan terbesar iaitu 58.4 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia.

Ia diikuti kaum Cina sebanyak 22 peratus, Bumiputera lain (12.3 peratus), India (6.5 peratus) dan lain-lain etnik sebanyak 0.8 peratus. – KOSMO! ONLINE

The post Penduduk Malaysia kini 34.4 juta appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved