Penduduk Matang Jaya Luah Rasa Risau, Kawasan Perumahan Dilanda Banjir Kilat

17 Sep 2022 • 7:49 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hujan berterusan punca banjir kilat

Penduduk Matang Jaya Luah Rasa Risau, Kawasan Perumahan Dilanda Banjir Kilat. Hujan lebat pada petang Sabtu telah menyebabkan banjir kilat melanda beberapa kawasan perumahan di Matang Jaya.

Rata-rata orang ramai membuat aduan secara dalam talian, yang mana sebilangannya kecewa dengan sistem perparitan yang teruk di kawasan tersebut walaupun hanya mengambil masa beberapa jam untuk banjir.

Video turut dimuat naik ke laman Facebook, menunjukkan sebuah kereta mengharungi air banjir di lorong perumahan Matang Jaya 1 di kawasan itu.

image is not available
Penduduk Matang Jaya Luah Rasa Risau, Kawasan Perumahan Dilanda Banjir Kilat

Banjir cecah kedalaman satu kaki

Katanya banjir di kawasan berkenaan sudah mencecah kedalaman satu kaki di sepanjang lorong perumahan tersebut akibat hujan berterusan bermula petang tadi.

https://www.facebook.com/SarawakRoadsUpdate/videos/1108652706412136/

Menerusi ruangan balas hantaran di laman Facebook tersebut, ada yang mendakwa kawasan berkenaan berada di paras rendah menyebabkan banjir senang berlaku.

Bahkan ada juga berkongsi pengalaman bahawa sewaktu banjir yang berlaku sebelum ini telah merosakkan beberapa buah kenderaan di kawasan tersebut sehingga ada yang tersadai di tepi jalan menunggu banjir untuk surut.

image is not available
Kredit: FB SRU

image is not available
Kredit: FB SRU

Sering berlaku banjir di kawasan Matang Jaya

Kejadian banjir di Matang Jaya ini bukanlah pertama kali berlaku, malah pada tahun 2017 dan 2020 pernah berlakunya banjir kilat bukan hanya di kawasan perumahan, malah di kawasan komersial juga turut terkena tempiasnya.

Sehingga kini, tiada penyelesaian untuk isu banjir ini dek kerana kealpaan pihak berwajib untuk menyediakan sistem perparitan yang sempurna dan juga tapak pembinaan yang banyak di kawasan tersebut.

image is not available
Keadaan banjir di Lorong 1 Matang Jaya. Kredit: FB SRU

Lagi cerita menarik di sini: