Penduduk Mukim Sepulut lega isu air dapat perhatian kerajaan negeri

23 Oct 2026 • 4:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Penduduk Mukim Sepulut lega isu air dapat perhatian kerajaan negeri

NABAWAN: Rayuan penduduk di tiga kampung di Mukim Sepulut yang melibatkan 75 rumah bagi mendapatkan bekalan air bersih susulan musim kemarau mendapat perhatian segera kerajaan negeri menerusi Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Penduduk yang terjejas sebelum ini berdepan masalah kekurangan bekalan air bersih apabila sumber air daripada sistem paip graviti yang digunakan mereka mengalami kekeringan akibat musim kemarau.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sinsingon Alih Palanok yang mewakili penduduk kampung terlibat merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri atas tindakan segera membantu mengatasi masalah berkenaan.

Kampung yang terlibat ialah Kampung Sisingon, Kampung Panawaan dan Kampung Bigor.

Menurutnya, tindakan segera semua pihak berkaitan amat dihargai kerana bekalan air bersih merupakan keperluan asas yang penting bagi kegunaan harian penduduk, khususnya ketika menghadapi musim kemarau.

Penduduk turut melahirkan rasa lega apabila JANS menghantar bekalan air bersih dalam tempoh kurang daripada 24 jam selepas masalah berkenaan dikemukakan melalui Pejabat Daerah Nabawan.

Tindakan pantas itu sekali gus membantu meringankan kesulitan penduduk yang terputus bekalan air bersih dan menunjukkan kepentingan kerjasama antara kerajaan negeri, agensi berkaitan serta pemimpin masyarakat dalam menangani masalah rakyat. Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Pegawai Daerah Nabawan, Ts Marshal Anthony @ Idhamatas tindakan pantas yang diambil bagi memastikan keperluan asas penduduk yang terjejas mendapat perhatian sewajarnya.

Penghargaan turut diberikan kepada Pemaju Mukim Sepulut, Joche Lorrie, yang memainkan peranan mengemukakan masalah penduduk kepada pihak berkenaan melalui Pejabat Daerah Nabawan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved