Penduduk Palestin diserang pelampau israel di Kota Lama Baitulmaqdis

22 May 2023 • 10:24 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

BAITULMAQDIS: Pelampau israel dengan kejam menyerang penduduk Palestin semasa perarakan provokatif melalui Al-Wad Street di Kota Lama Baitulmaqdis yang dijajah, menurut sumber tempatan.

Kumpulan pelampau israel yang dikawal oleh polis menyerang orang awam Palestin, memukul mereka, menyembur semburan lada dan memecahkan beberapa buah kedai. Seorang pemuda Palestin telah ditangkap oleh polis israel semasa serangan itu.

Sementara itu, polis dan pelampau israel juga menceroboh kejiranan Palestin Ras al-Amud dan menanggalkan bendera Palestin yang dikibarkan di tiang.

image is not available

image is not available
Kredit Foto Quds News Network

Kumpulan pelampau israel yang disokong oleh polis turut menyerbu kejiranan Palestin di al-Tour, menyerang dan memukul penduduk tempatan Palestin, memecahkan cermin kenderaan, menembak secara rambang ke rumah serta kedai. Tiada kecederaan dilaporkan.

Untuk hari ketiga berturut-turut pelampau yahudi melakukan provokasi di sekitar Masjid Al-Aqsa, tapak ketiga paling suci Islam, terutamanya semasa penduduk Palestin tiba di masjid bagi menunaikan solat.

Polis israel campur tangan hanya untuk melindungi pelampau israel dengan membaling bom gas ke arah penduduk Palestin.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia