zionis israel merobohkan bangunan kediaman berusia 40 tahun milik penduduk Palestin

18 May 2023 • 10:30 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

BAITULMAQDIS: Tentera israel merobohkan bangunan kediaman milik penduduk Palestin di kejiranan Wadi Qaddum bandar Silwan, selatan Masjid Al-Aqsa yang dijajah.

Menurut sumber tempatan, bangunan yang dirobohkan oleh tentera penceroboh itu menempatkan 50 orang daripada keluarga al-Husseini atas alasan ia dibina tanpa permit.

Pada 2018, pihak berkuasa israel telah mengarahkan keluarga al-Husseini untuk mengosongkan rumah itu bagi proses perobohannya.

image is not available

image is not available
Kredit Foto Twitter Times of Gaza

Ummu Adam, isteri kepada Imad al-Husseini berkata bahawa bangunan ini telah dibina 40 tahun lalu. Suami dan saudara lelakinya telah membelinya pada 17 tahun yang lalu.

Keluarga itu menyatakan bahawa telah menerima perintah perobohan pada tahun lalu, namun ditangguhkan beberapa kali dan keluarga itu cuba menggunakan undang-undang bagi menghalangnya tetapi tidak berjaya.

Ummu Adam tinggal di bangunan itu bersama lapan anaknya dan suaminya yang sudah bersara.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia