Penduduk Panik Nasi Kenduri Tetap Tak Masak Walaupun Selepas 7 Jam

Entertainment
6 May 2023 • 11:43 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Walaupun dunia dah semakin maju dan kebanyakan keluarga mula menempah perkhidmatan katering untuk menjamu tetamu ketika kenduri, tapi masih ada lagi yang tetap setia dengan aktiviti rewang atau memasak beramai-ramai untuk sesuatu majlis.

Namun, penduduk di sebuah kampung di Indonesia ini pula panik kerana nasi kenduri yang dimasak oleh mereka tetap tidak masak walaupun selepas tujuh jam dimasak di atas kayu api.

Video kejadian itu telah dikongsikan menerusi akaun TikTok bb_law_office beberapa hari lepas.

Dalam video yang berdurasi selama 31 saat itu, penduduk yang memasak nasi itu bersama-sama panik kerana walaupun telah dimasak lebih tujuh jam, nasi berkenaan tetap tidak masak.

image is not available

Hal ini menimbulkan keresahan penduduk kerana rata-ratanya pelik mengapa nasi tidak masak sedangkan api yang digunakan untuk memasak nasi itu telah dinyalakan dengan besar.

image is not available

Penduduk kampung kemudiannya meminta pertolongan dari segi perubatan tradisional daripada seorang individu yang dikenali sebagai Pak Yai Zainuddin, dan akhirnya, nasi masak juga.

Netizen di ruangan komen berpendapat bahawa mungkin ada gangguan jin yang menyebabkan nasi tidak masak kerana mungkin ada pihak yang sengaja mahukan agar majlis kenduri itu tidak berjalan lancar.

Seram pulak bila dengar.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.