Penduduk perlu kemas kini aplikasi Sehat 2.0 di SELangkah

19 Dec 2022 • 6:07 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 19 DIS: Warga Selangor diminta mengemas kini fungsi Selangor Mental Sihat (Sehat) 2.0 di aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata langkah perlu kerana aplikasi berkenaan telah dikemas kini dengan beberapa penambahan.

“Antaranya ialah penambahan ujian saringan kesihatan mental, 60 video Psikopendidikan Sehat, empat modul Sehat dan ciri-ciri paparan penggunaan.

“Jadi muat turun atau kemas kini Sehat dalam aplikasi SELangkah di telefon pintar anda dengan segera,” katanya menerusi Facebook.

Orang ramai yang ingin mendapatkan khidmat nasihat atau memerlukan seseorang untuk bercakap boleh hubungi kaunselor Sehat di talian 1 700-82-7536, 1 700-82-7537 atau melalui SELangkah.

Pada 30 Ogos lalu, Kerajaan Negeri melancarkan Sehat dengan peruntukan RM500,000 bagi menangani isu kesihatan mental yang semakin membimbangkan sejak pandemik Covic-19.

Program itu membolehkan pengguna mengetahui tahap kesihatan mental menerusi saringan awal ‘skala tekanan’ dan ‘pemeriksaan risiko’ secara kendiri.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved