
Kota Kinabalu: Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) menyiasat pertikaian tanah di Kg Niatang, Pitas.
Mereka menyerahkan memorandum berhubung perkara itu kepada jabatan itu di pejabat JTU, di sini, Khamis.
Kira-kira 40 peneroka tempatan Kg Niatang turut melakukan perjalanan jauh dari Pitas ke Kota Kinabalu untuk mengadakan demonstrasi aman selepas memorandum itu diserahkan.
