Penduduk rayu kilang papan henti sementara operasi

12 Dec 2022 • 2:46 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Long Pasia: Dengan keadaan jalan raya dari Kg Mendulong ke sini, yang bertambah buruk berikutan musim hujan ketika ini, penduduk dari enam buah kampung di sini memohon kepada pemilik sebuah kilang papan dan pembalakan di Kg Mangayam di Sipitang, agar memberhentikan sementara operasi pengeluaran papan dan kayu balak di kilang itu.

Rayuan itu dibuat agar lori-lori milik kilang berkenaan tidak memburukkan keadaan jalan raya di laluan itu memandangkan perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baru 2023 semakin hampir.

Rayuan itu dibuat melalui sepucuk surat bertarikh 5 Disember 2022 yang ditandatangani oleh Ketua-Ketua Kampung Long Pasia, Long Mio, Iburu, Meligan, Rundulang, dan Ulu Bole.