Penduduk Tak Sabar Nak Serbu, Akhirnya Family Mart Akan Buka Di Kelantan Selepas ‘Menunggu’ Selama 9 Tahun?

LocalFood
11 Mar 2025 • 10:47 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular satu hantaran di platform Facebook memaparkan rasa tidak sabar penduduk negeri selepas tular khabar angin mengatakan kedai serbaneka dari Jepun iaitu Family Mart akhirnya akan dibuka di Kelantan.

Hal ini telah menjadi bualan hangat di kalangan warganet, selepas beredar satu poster pencarian kerja untuk beberapa cawangan baharu yang dipercayai akan dibuka disana tidak lama lagi.

image is not available

Terdapat tiga lokasi yang menjadi pilihan untuk cawangan baharu Family Mart iaitu di Tunjung, Wakaf Che Yeh dan Gua Musang.

Susulan hantaran tersebut telah ‘viral’ di platform media sosial, rata-rata netizen yang berasal dari negeri terbabit meluahkan rasa teruja kerana akhirnya berpeluang untuk makan serta minum yang diminati di Family Mart.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, ramai yang menganggap perkara ini merupakan satu perkembangan yang bagus susulan ia memberi peluang pekerjaan buat penduduk setempat.

image is not available 4 months ago

Lebih 50 Tahun Beoperasi, Rupanya Restoran Terkenal Di Kelantan Ini Tiada Sijil Halal Sah